23.6 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Shila Amzah Bagi ‘Hint’ Sudah Berpunya & Sedia Untuk Berkahwin Semula?

Pelakon dan penyanyi, Shila Amzah menjawab soalan panas peminat mengenai kisah peribadinya, sewaktu berkongsi pautan NGL (Not Gonna Lie) di Instagram miliknya.

Dalam soalan itu, ada yang bertanyakan adakah dirinya baik-baik sahaja jika diambil sebagai isteri kedua dan hidup bermadu.

“Are you okay kalau diambil sebagai isteri kedua dan hidup bermadu?-Soal peminat tersebut

Mahu Elakkan Diri Dari Bermadu

Shila kemudian memberitahu bahawa seboleh-bolehnya dia mahu mengelakkan diri daripada hidup bermadu.

“Setakat ini my answer is no, saya tak tau la masa depan macam mana. Tapi kalau saya boleh elak saya akan sebolehnya elak.”-Jawab Shila

via Instagram Shila Amzah

“Saya Telah Menambahkan Individu Baru Dalam Senarai”

Tambahnya lagi, Shila juga dilihat memberi ‘hint’ seakan sudah berpunya ketika disoal oleh peminat tentang individu kegemarannya.

“Selain dari anak lelaki saya, saya telah menambahkan individu baru dalam senarai. Tetapi saya tidak boleh memberitahu anda.”-Jelas Shila

via Instagram Shila Amzah

Sudah Terbuka Hati Untuk Berkahwin

Dalam pada itu, peminatnya di Instagram turut bertanya padanya adakah dia sudah terbuka hati untuk berkahwin semula.

“Dah terbuka tapi bukan sekarang.”-Kata Shila

via Instagram Shila Amzah

Terdahulu, Murai MY melaporkan Shila yang memaklumkan bahawa dia telah sah bercerai dengan suaminya. Dedah Shila, pada Disember tahun lalu, ketika itu dia sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.