Baru-baru ini, syarikat penerbangan Malindo Air telah mengumumkan satu perkhabaran sedih buat kakitangannya apabila terpaksa memberhentikan 2,200 daripada 3,200 kakitangan berikutan terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
Ucap Selamat Tinggal
Dalam pada itu,penyanyi Sheila Abdul antara mereka yang mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat penerbangan itu selepas empat tahun berkhidmat.
“Tibalah masa untuk saya ucapkan selamat tinggal. Dua perkara yang paling sukar untuk diungkapkan ketika hidup adalah mengucapkan hello untuk kali pertama dan selamat tinggal buat kali terakhir…
Ini adalah kerana kesan daripada pandemik yang perlu kita hadapi. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dari setiap bahagian untuk kenangan yang baik dan manis bersama” tulisnya
Difahamkan, pelantun Mungkinkah itu telah mengambil cuti tanpa gaji selama setahun kerana hamil dan bersalin namun kontraknya tidak disambung kontrak selepas tamat pada 10 Oktober lalu. Pendedahan itu dibuat sendiri oleh Sheila menerusi hantaran di laman Instagram nya.
Doakan Kejayaan Malindo Air
Akui sedih dengan keputusan itu, namun bagi Sheila ianya merupakan satu tempoh yang cukup bermakna apabila dapat berkhidmat dengan baik buat Malindo Air serta mendoakan syarikat itu terus sukses.
Sejak minggu lalu,Malindo Air menjadi bualan hangat warganet apabila ramai kakitangan terpaksa dihentikan selain turut berkongsi pengalaman bersama syarikat penerbangan ini.