Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pelakon dan penyanyi, Sharifah Zarina serta anaknya Athalia apabila mereka mempersoalkan tentang sikap kakitangan sebuah kafe yang terletak di Petaling Jaya.
Terkilan Dengan Sikap Pelayan
Difahamkan, ketika itu Zarina dan ahli keluarga mereka telah ke kafe tersebut kerana ingin menyambut majlis hari lahir Athalia. Bagaimanapun, pelayan kafe memberitahu mereka hanya ada 15 minit untuk membuat pesanan kerana kafe tersebut akan ditutup bagi memberi laluan untuk sebuah majlis. Dalam perkongsian tersebut, kedua-duanya juga mendakwa pemilik kafe telah memohon maaf diruangan komen IG dan menawarkan mereka dua keping kupon saucer bernilai RM50.
Memadai Minta Maaf
Namun begitu, pelantun langit ketujuh ini masih berasa terkilan dengan pemberian baucer tersebut dan menyifatkan memadai hanya dengan tampil membuat permohonan maaf kepadanya menerusi ruang komen di Instagram dan menganggap tindakan terbabit sudah memadai.
“Pihak restoran ada meminta maaf di ruangan komen video saya. Terima kasih saya ucapkan. Tetapi, dengan menyatakan mereka hendak memberi voucher, saya agak terkilan.
“Kerana saya rasa tidak perlu sehingga hendak memberi voucher sebagai ‘ganti rugi’, walaupun mungkin itu procedure daripada pihak restoran.
“Bukan saya tidak bersyukur, tetapi memadailah dengan meminta maaf dan hormati saya sebagai pelanggan yang pada awalnya datang ke restoran mereka dengan cara baik,” kata Zarina menerusi hantarannya di laman Instagram.
Dedah Zaina lagi, dia turut berasa kecewa apabila dituduh menabur fitnah serta dipersalahkan atas isu tersebut.
“Akibat permasalahan yang berlaku daripada pihak mereka, saya pula dipersalahkan dan dikatakan menabur fitnah. Bukankah ianya lebih baik sekirannya mereka mengambil inisiatif untuk memohon maaf ketika saya berada di tempat kejadian?” tambahnya lagi.
Ketika ini, di media sosial nama Zarina dan Athalia teruk dikecam oleh netizen biarpun segala penjelasan sudah dibuat oleh pihaknya bagi mendedahkan kisah sebenar di sebalik isu tersebut.