21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Sharifah Sakinah Tolak Cadangan FINAS Tapis Kandungan Netflix

Beberapa hari yang lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang juga pengarah popular, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dikecam hebat oleh pengguna media sosial selepas mengutarakan pendapatnya yang mahukan kandungan dalam platform penstriman video, Netlix ditapis.

Mahu Kandungan Netflix DitapisĀ 

Menurut Ahmad Idham, kandungan tersebut harus menjalani tapisan kerajaan kerana mengandungi kandungan yang agak sensitif dan tidak wajar ditonton apatah lagi buat kanak-kanak. Tidak lama kemudian, Ahmad Idham sekali dikecam sehingga trending di laman Twitter selepas dikatakan pihak FINAS bersetuju untuk bekerjasama dengan sebuah platform penstriman video tempatan yang dikenali sebagai Aflix.

Gara-gara kerjasama itu, netizen memberi pelbagai maklum balas yang agak mengecewakan sehingga ada yang mendakwa pengarah tersebut seperti sengaja menimbulkan idea tersebut kerana ingin menaikkan jenama platform tersebut.

Sharifah Sakinah Bantah Idea Ahmad IdhamĀ 

Dalam perkembangan lain, idea tersebut turut mendapat perhatian dari pelakon, Sharifah Sakinah yang meluahkan rasa tidak puas hari setelah kandungan Netlix dicadangkan menjalani proses tapisan. Menurut Sakinah, dia akui di dalam platfom itu barangkali terdapat kandungan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. Namun baginya, semua itu boleh dikawal dengan ciri dan langkah keselamatan kandungan yang sememangnya boleh ditetapkan oleh pengguna.

Jelas pelakon itu sambil berseloroh dia sanggup menyuarakan bantahan dengan baring di hadapan bangunan FINAS bersama dengan rakan-rakan lain yang bersependapat dengannya. Rata-rata pengikut Sakinah di laman Instagram turut bersependapat dengannya kerana menganggap idea tersebut seperti tidak adil buat pengguna seperti mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.