Pelakon Sharifah Sakinah meluahkan rasa kecewa terhadap Pencetus Ummah (PU) Syed gara-gara pendakwah itu bertindak berkongsi tangkap layar hantaran yang dimuatnaik oleh Sakinah di laman Instagram.
Sakinah Kecewa
Menurut Sakinah dia tidak menyangka PU Syed akan berkongsi serta membuat teguran secara terbuka terhadapnya memandangkan hantaran yang dibuat oleh pelakon itu telah ditetapkan sebagai mod peribadi (private). Susulan itu, Sakinah menegur kembali tindakan pendakwah berkenaan di ruangan komen hantaran tersebut.
“Abang acc (akaun) saya dah private (ditetapkan dalam mod peribadi) kenapa public (umumkan) benda yang diprivate (diperibadikan)? Macam masuk rumah saya bawa balik barang tv saya. Suka ya?” tegur Sakinah
Terdahulu, sebuah akhbar berkongsi perihal Sakinah yang memaklumkan dia terpaksa mendedahkan aurat atas faktor kerja. Namun, hantaran yang dimuatnaik Sakinah itu telah ditangkap layar semula oleh PU Syed yang menempelak kenyataannya.
Pu Syed Tegur Sakinah
Tegas PU Syed, dia telah beberapa kali menegur pelakon itu namun dia menyifatkan seperti tiada perubahan terhadapnya. Malah dia turut mempersoalkan kaedah Sakinah mencari rezeki waima mempunyai lebih banyak cara yang lebih baik dan halal di sisi agama.
“Kerap kali menegur hamba Allah ini, namun ternyata belum nampak tanda-tanda ingin berubah, terlalu banyak kaedah mencari rezeki yang halal dan diredhai serta diberkati kenapa cara ini yang kamu cari?
“Jika ternyata lumayan pendapatan dengan cara ini, ketahuilah ianya tiada keberkatan dan haram kerana memperoleh dari cara yang haram..
“Tak terdaya dah ahli keluarga nak menasihati kamu, maka jangan sampai Allah yang akan menasihati langsung dirimu. Allah melihat apa yang dilakukan oleh hamba-hambanNya, tak kira di negara mana kita berada
“Gunakanlah nikmati Allah yang ada pada kamu untuk mencari redhaNya dah bukan mencari kemurkaanNya. Ajak manusia untuk sihat dengan cara yang patuh syariah, bukan yang meruntuhkan syariat..malulah kepada Allah..jika semua ingin ditayangkan pada orang. Apa lagi yang tinggal untuk suamimu!” tegur PU Syed
Bagaimanapun, menerusi carian terkini Murai.my, hantaran tersebut telah pun dipadam oleh PU Syed.