Di laman Twitter ketika ini hangat memperkatakan mengenai tindakan pelakon Sharifah Rose yang dikatakan telah menciplak sebuah jenama yang telah diusahakan oleh seorang usahawan lain.
Usahawan Kecewa Dengan Pelakon
Dalam pendedahan tersebut, usahawan yang merupakan pemilik jenama Sekuntom itu meluahkan rasa kecewa kerana bukan sahaja nama malah konsep dan idea yang ditampilkan juga hampir sama. Kesan daripada tindakan tersebut, terdapat pelanggan setia jenama pakaian Sekuntom meluahkan rasa keliru.
“Bila nama brand hampir sama, customer pun konfius. Akhirnya picisan ini tertindas, nak dapat follower 10K pun makan tahun.
“Sekuntom business saya develop dari 2017 rebranding pada tahun 2020.
“Bila teringat nak achieve 10K susah, dapat potential buyer pun susah. Artis baru introduce business sehari dah 1K followers” luah usahawan itu
Sharifah Rose Baru Lancar Jenama Perniagaan
Difahamkan, pelakon wanita itu baru sahaja melancarkan jenama tersebut dan mula diikuti oleh ramai pengikutnya di laman Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib usahawan tersebut malah tidak kurang ada diantara mereka mengecam tindakan Rose.