21.5 C
Malaysia
Saturday, August 31, 2024

Latest Posts

“Shame On You!!”- Shahrulezad ‘Sekolahkan’ Netizen Yang Kecam Arwah Adibah Noor

Pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin tampil ‘sekolahkan’ netizen yang tergamak mengkritik Allahyarhamah Adibah Noor yang telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat kanser ovari tahap empat pada petang Sabtu.

Menerusi komen netizen tersebut, dia mengkritik arwah telah mendedahkan aurat tanpa rasa bersalah dan masih tidak insaf walaupun berada dalam keadaan sakit.

“Dah2 la tu..Dah mati dah pun. Bukan orang baik. Dedah aurat tanpa rasa bersalah. Dah sakit-sakit pun tak insaf-insaf.”-Komen netizen di facebook

Terlalu Yakin Allah Tidak Mengenali Mereka

Shahrulezad memuatnaik paparan akaun Facebook netizen berkenaan dan berasa lucu kerana netizen itu berselindung di sebalik akaun palsu.

“Satu perkara yang paling melucukan orang yang berselindung dengan identiti palsu seperti ini mereka yakin sangat Allah tak kenal mereka sekiranya mereka menggunakan fake account.”-Kata Shahrulezad

Tergamak Menghina Yang Sudah Tiada Demi Perhatian

Tambahnya lagi, Shahrulezad juga berharap agar individu berkenaan menerima balasan setimpal atas perbuatannya itu.

“Hanya kerana perhatian yang sekali itu kau tergamak menghina orang yang dah tak der peluang untuk mempertahankan diri. Kau tunggu giliran kau pulak ditelanjangkan disebalik fake account tu. Kau tungguuuu.”-Kata Shahrulezad

via Instagram Shahrulezad

Dibanjiri Komen Netizen & Rakan Artis

Tinjauan Murai MY di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa kesal dengan komen negatif netizen itu terhadap arwah.

“Allahu Akbar 😢.”-Eira Syazira

“Takutnya baca komen macam ni. Seolah diri bersih ealau dari sekelumit dosa.”-Ardell Aryana

“100% seolah-olah dia tau betapa banyak dosa dan pahala seseorang ditimbang nanti. Mungkin dosa orang yang dah takde tu kau akan pikul lepas ni. MasyaAllah.”-Amylea Azizan

“Bersuka ria lah kamu dengan semua komen yang pakai fake account ni. Allah tahu siapa kamu..Good luck.”-Fazlina Ahmad Daud

via Instagram Shahrulezad

Sekadar info, penyanyi Adibah Noor telah menghembuskan nafas terakhir pada petang Sabtu di Hospital Gleneagles akibat kanser ovari tahap empat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.