Pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin memberikan pendapat mengenai dilema yang dihadapi oleh seorang pengarah drama televisyen apabila mendapat pelakon yang mempunyai latar belakang teater.
Kelihatan Terlalu Beria
Menerusi hantaran di Instagram, Shahrulezad menceritakan bahawa setiap pelakon yang mempunyai latar belakang teater yang ditemuinya, bersifat suka ‘buka besar’ dan kadangkala kelihatan terlalu beria apabila di hadapan kamera.
“Dilema seorang pengarah drama tv bila dapat pelakon yang teater background. Acapkali bila abam dapat seorang pelakon yang mempunyai background teater yang pekat.
Pelakon tersebut suka ‘bukak besar’ bila bermain di depan kamera. Dia akan berlakon dengan segala method penuh jiwa raga dia sehinggakan kadang-kadang kelihatan beria-ria dan over di depan kamera.
Aura lakonan yang terlalu kuat sampai kita yang menonton akan jadi penat dan kadangkala annoyed. Kalau marah tu marah yang menjerit-jerit sampai habis bergoyang tubuh, Kalau sedih tu, sedih yang melampau-lampau sampai habis air mata dan hingus kering jadinya.”- dedah Shahrulezad
Kena Pandai Kawal Diri
Tambahnya lagi, sebagai pelakon drama televisyen mereka seharusnya bijak mengawal diri dan tidak boleh terlalu memberi apabila berlakon di hadapan kamera.
“Pelakon TV kena pandai self control. Dia tak boleh naik sheikh bila berlakon. Ni bukan kuda kepang sampai kita kena naik sheikh. Bila berlakon tv kena faham berlakon kena dari dalam. Dari pemahaman watak. Dari motivasi setiap scene.
Bila pelakon faham watak & bermain dari dalam InsyaAllah aura lakonan itu akan keluar secara bersahaja dan au naturale. Shot close up akan nampak cantik dan subtle permainannya. Tak nampak terlalu beria dan di buat-buat sebab dia berlakon dari dalam.”- katanya
Di akhir hantarannya, Shahrulezad turut menitipkan pesanan buat semua pelakon teater yang mahu terjun ke dunia lakonan televisyen atau filem untuk berhati-hati dengan kaedah lakonan mereka. Hal ini kerana jika tersilap langkah, mereka akan dikatakan “over acting” oleh pihak terlibat.