21.7 C
Malaysia
Saturday, November 9, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Shahrulezad Nafi Anti Vaksin, Dedah Sudah Lama Amalkan Habbatus Sauda

Isu golongan anti vaksin sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan. Malah mereka yang tergolong di dalam kelompok ini juga boleh dikenakan tindakan berikutan menghasut orang ramai untuk tidak menerima vaksin bagi mencegah jangkitan wabak COVID-19.

Nafi Tolak Vaksin 

Terbaharu, pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin mendedahkan bahawa dirinya tidak menolak kaedah perubatan moden seperti vaksin berikutan hantarannya sebelum ini mengenai kebaikan pengambilan Habbatus Sauda telah disalah anggap oleh orang ramai.

“Gais. Abam sendiri adalah pengamal HS (Habbatus Sauda). Dah bertahun tahun pun. Tapi abam jugak tak tolak kaedah perubatan moden seperti vaksin” tulisnya di laman Facebook

Tegur Kenyataan Fitnah 

Jelas pemilik syarikat produksi, Radius One itu tindakannya berkongsi video dari Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA mengenai penerangan tumbuhan tersebut mampu menyembuhkan penyakit COVID-19 adalah hanya sebagai salah satu ikhtiar. Difahamkan,video tersebut telah dipadam oleh Facebook sebanyak dua kali.

“Dua kali abam post pasal salah faham orang ramai berkenaan HS oleh Dr Maza. Dua kali jugak FB block status abam itu. Dari situ abam tahu ada yg kurang senang dengan pendedahan Dr Maza itu. Abam malas nak spekulasi yang bukan bukan”

“Cuma abam nak beritahu pada mereka yang ‘panas’ itu pendedahan itu adalah menjawab fitnah yang dilemparkan pada Rasullulah SAW tentang isu HS . Bagaimana wujud segelintir manusia yg mengambil kesempatan di atas istilah ‘sunnah nabi’ itu kononnya cuma itu saja kaedah dalam Islam bila berdepan dengan penyakit atau wabak” dedahnya

Malah, Shahrulezad turut menegaskan tanggapan sesetengah pihak mengenai pengambilan Habbatus Sauda sebagai penawar COVID-19 dan merupakan ajaran Nabi Muhammad SAW adalah fitnah semata-mata.

“Konklusi dari apa yang Dr Maza bagitahu dalam klip video tersebut ialah Habbatus Sauda adalah sunnah. Tak salah di amalkan dalam hidup kita kerana ada kebaikan di sebaliknya. Hadis dan Quran ada menyebutkannya. Tapi dengan menganggap Habbatus Sauda adalah satu satunya UBAT dalam melawan Covid kerana beranggapan itu yang di ajar atau disuruh oleh Nabi, itu adalah satu fitnah terhadap Baginda”

“Menurut Dr Maza, sedangkan satu ketika dahulu Nabi pernah jatuh sakit dan nabi tetap mencari pakar perubatan (doktor yang arif dalam bidangnya) untuk berubat WALAUPUN ada yg mengatakan doktor tersebut bukan muslim (Wallahualam). Salah faham dan fitnah ke atas Rasullulah ni perlu diperbetulkan” katanya lagi

Via Facebook Shahrulezad Mohameddin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pandangan Shahrulezad malah turut mempersoalkan kembali kepada sesetengah pihak yang mempertikaikan amalan tersebut sebagai salah satu pencegahan yang boleh dibuat biarpun tetap mengambil vaksin.

Via Facebook Shahrulezad Mohameddin

Dalam hantaran susulan pengarah itu, dia memaklumkan bahawa perkongsian Dr MAZA di Facebook mengenai kebaikan Habbatus Sauda kini boleh ditonton semula di platform media sosial itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.