Pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin menggesa orang ramai untuk bersedia menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya varian baharu COVID-19, jenis Omicron ‘berjaya memasuki’ Malaysia.
“Standby Je Lah Another PKP”-Shahrulezad
Menerusi posting di Instagram miliknya, Shahrulezad berpendapat bahawa rakyat Malaysia berkemungkinan sekali lagi tidak akan dapat menyambut hari lebaran pada tahun hadapan disebabkan PKP.
“Nampak gaya macam tak beraya lagi la kita tahun depan gais. Hehehehe.
Standby je lah another PKP kalau virus Omicron berjaya masuk ke Malaysia (i am sure it will).”- jelas Shahrulezad
Walaubagaimanapun, Sharulezad menyifatkan ia sebagai hikmah dari pandemik yang berlaku kerana akan membuatkan orang ramai lebih mendekatkan diri kepada menyebabkan kebergantungan diri kepada Tuhan menjadi sangat tinggi.
“Don’t worry guys. Kita ada Allah. One of the hikmah pandemik ni rasa kebergantungan kita pada Allah semakin meningkat. InsyaAllah.”-katanya lagi
Rezeki & Ajal Di Tangan Allah
Tambahnya lagi, ketentuan rezeki dan ajal berada pada Allah SWT dan manusia boleh merancang untuk mendapat pengakhiran yang terbaik.
“Rezeki dan ajal kita semata-mata di tangan Allah. Semua dari kita akan mati jua akhirnya. Cuma pengakhiran yang bagaimana kita mahukan. So dont worry. We can plan from now.
Ingat, apa jadi sekalipun kasih sayang dan rahmat Allah pada kita melebihi segala-galanya. Tentu ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni.”- kongsi pengarah terkenal ini