Masih panas mengenai isu bualan babak rogol yang melibatkan dua pelakon tanah air yang disiarkan dalam sebuah rancangan tempatan baru-baru ini. Pelawak, pelakon dan pengacara popular Shahrol Shiro pula tampil bersuara memberi pandangannya terhadap isu tular ini.
Produksi Patut Bertanggungjawab Siarkan Kandungan Sensitif
Pelawak terkenal ini menegur rancangan komedi yang disiarkan merupakan rancangan yang dirakam, dan pihak produksi juga boleh memotong bahagian yang tidak sesuai atau sensitif sebelum disiarkan untuk tontonan umum.
Selain lain itu, jika rancangan tersebut merupakan siaran langsung, pihak produksi juga boleh mengaburkan bahagian tertentu. Namun, malangnya tiada sebarang suntingan atau pemotongan dibuat malah program tersebut disiarkan terus sehingga terjadinya bahana ini.
“Inikah kualiti program komedi di Malaysia??? Maaf bukan nak merendahkan lagi dan cuba mencari perhatian. Hari ini kecoh lagi sebuah program komedis talkshow dan perbualan mereka menyinggung individu lain apabila isu ‘Rogol’ yang diulas.
Secara pandangan peribadi, artis hanya menjawab soalan yang diberikan. Mungkin kesalahannya adalah mengupas isu tersebut lebih mendalam meskipun ianya soalan spontan dari host. Tapi kuasa siapa untuk melepaskan perbualan tersebut??
Jika ianya adalah sebuah rancangan yang direkod, ianya adalah tanggungjawab pihak produksi untuk memotongnya dan jika ianya live, pihak produksi juga berkuasa untuk censored bahagian tersebut.
Bagi tidak lebih mengarut dan keterlaluan sebab itu host rancangan memakai earpiece supaya produksi dapat berhubung terus dengan pengacara jika ianya sensitif.” Tulisnya
Kongsi Sejarah Lama, Di Saman Sebut ‘Rogol’ Dalam MLM 2012
Shahrol juga berkongsi pengalaman sewaktu pelawak ini terlibat dalam rancangan Maharaja Lawa Mega 2012. Ketika itu, kumpulannya telah menyebut perkataan ‘Rogol’ dan susulan itu mereka telah disaman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Pelawak ini turut meluahkan hal yang telah berlaku seperti ini patut dijadikan sebagai pengajaran buat semua krew produksi dan perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
“Maaf.. Bukan nak perhatian tetapi isu ini dekat dengan saya kerana dalam sejarah MLM.
Kami adalah satunya kumpulan yang disaman oleh MCMC kerana menyebut perkataan ‘ROGOL’ sewaktu MLM 2012, dan sepatutnya sejarah tersebut dapat menjadi pengajaran buat pihak produksi.
Perkara telah pun terjadi, pihak produksi wajib bertanggungjawab atas segalanya dan jangan biarkan selebriti yang menanggung segalanya.” Tulisnya lagi
Netizen Komen Pihak Produksi Tak Profesional Dan Tak Sensitif
Melihat teguran yang dikongsikan pelawak terkenal ini di akaun Instagramnya, ramai warganet berkongsi pandangan yang sama dan menganggap pihak produksi seperti tidak profesional selain mengkritik pengacara yang tidak sensitif.
“Betul, channel yang menyiarkan harus bertanggungjawab sepenuhnyakan.”
“Tiada profesionalisme, malu sebuah negara dan umat Islam. Babak sedemikian tidak patut wujud.”
“Producer rancangan tak semak ke soalan yang akan ditujukan pada tetamu… Takkan spontan je kot.. Ianya bukan rancangan siaran langsung pe.. Rekod… Boleh je potong babak tu..”
“Pandangan saya yang tak berapa nak bijak sangat ni.. Sepatutnya pihak produksi potong bahagian tu.. Atau apa-apa je lah.. Mute bahagian nama pelakon wanita tersebut ke..
Atau apa-apa saja yang mampu menutup aib pihak ketiga. Sebab itu kan dah lama rakam. Kadang kita tak sedar bila kita galak bercerita.. Terlepas cakap. Secara realiti, kita sendiri pun mungkin pernah lalui hal terlepas cakap kan..” Komen mereka
“Komedi Malaysia memang banyak yang lucah, selalu dah tengok cakap ‘double meaning’. Ni pula terang-terang melucah.”
“Tiada sensitiviti… Barangkali lupa ada kamera sedang rakam… Dan yang bertanya soalan masa program tu pun.. Hurm..”
“Bab rogol tak perlu ada… Nak tengok dengan keluarga pun malu, kalau ada bab tu.”
“Aku lebih suka program yang dibawa oleh Sepahtu. Dia orang tahu batas dalam percakapan, dalam sesebuah rancangan. Bukan yang host ni, lawak lucah je tahu.” Komen warganet lagi
Diharap apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat semua tak kira pelakon, penyanyi, dan krew produksi, bukan semua perkara boleh diulas dalam rancangan untuk tontonan umum.