Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menerusi laman Instagram nya berkongsi empat hantaran beserta kenyataan panjang apabila dia akhirnya tampil bersuara mengenai pelbagai tohmahan yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi keluarga mereka, Melati Hj Abd Ghani atau lebih dikenali sebagai Kak Mel.
Tidak Sangka Dengan Sikap Kak Mel
Menurut Shahida, dia tidak menyangka bahawa Kak Mel sanggup berbuat demikian dengan memburuk-burukkan perihal keluarganya kepada umum. Jelas Shahida, dia masih menghormati wanita itu biarpun pernah menggelarkan dirinya dan keluarga dengan panggilan yang yang tidak sopan.
“Tidak dengan panggilan ‘Si Bodoh,ustazah jadian,betina atau perkataan buruk yg lain seperti dia memanggil saya sekeluarga.sebelum akak bekerja dengan saya kita dah lama kenal kerana akak bekerja dengan salah seorang rakan bisnes saya” tulisnya
Bukan Ingin Aibkan Kak Mel
Tambahnya lagi, pendedahan itu dibuat bukanlah kerana ingin mengaibkan Kak Mel, sebaliknya ingin menjelaskan perkara yang sebenar agar tidak terus dipandang sinis oleh orang ramai. Malah dia juga sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan ketika membuat pendedahan ini kerana mempunyai segala bukti yang berkaitan.
“Saya tak tahu lepas ni apa lagi yang mungkin kak mel akan terus menerus bercerita hal keluarga saya,menyerang isu peribadi atau apa sahaja samada benar,menambah cerita atau mengada-adakan cerita yang tak sahih.Niat nak menjatuhkan perniagaan dan nama baik kami.saya dah bersedia bila saya ambil risiko menulis benda ini.Apapun yang keluar selepas ini saya takkan komen sebab saya yakin Allah lebih mengetahui” katanya lagi
Terdahulu, kisah Kak Mel tular di media sosial yang mana telah mendedahkan khidmatnya bersama syarikat usahawan itu telah diberhentikan setelah lebih dari enam tahun berkhidmat selain turut mendedahkan beberapa perihal berkaitan.