Pelakon popular, Shaheizy Sam secara tiba-tiba dikaitkan dengan satu skim pelaburan atas talian, Bitcoin dimana terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Sam telah terlibat dengan secara langsung dalam skim ini.
Nafi Terlibat Dalam Skim Bitcoin
Lebih mengejutkan, dakwaan tersebut turut menyatakan bahawa pelakon ini telah diisytiharkan muflis gara-gara pembabitannya di dalam Bitcoin. Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut, Sam menafikan dakwaan tersebut bahawa pihaknya sama sekali terlibat dalam mengendalikan skim Bitcoin. Jelasnya lagi, dia turut menepis khabar angin yang mengatakan bahawa dia telah muflis sebelum ini.
Pesan Pada Pengikut
Kecewa dengan dakwaan tersebut, menurut Sam tidak menolak terdapat syarikat yang telah menggunakan nama dan gambarnya untuk dijadikan sebagai figura bagi mengaut keuntungan.
Malah Sam turut berpesan pada pengikutnya agar tidak terpedaya dengan skim seumpama ini dan memberitahu dia langsung tidak pernah ambil peduli mengenai skim yang kini hangat diperkatakan.