34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Setiap Orang Ada Pilihan”-Dr Amalina Beri Penjelasan Selepas Disoal Mahu Pecahkan Tradisi Pantang Melayu

Personaliti terkenal yang juga pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina tampil memberikan penjelasan terhadap persoalan peminat mengenai kaedah pantang yang digunakan setelah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Arabella Mia sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram miliknya.

Cuba Pecahkan Tradisi Pantang Melayu?

Dalam persoalan itu, ada yang mempersoalkan adakah dia dikatakan sedang cuba memecahkan tradisi kaedah pantang Melayu.

“Adakah anda cuba pecah tradisi pantang Melayu style?.”-Soal peminat di Instagram

Berdasarkan Bukti Saintifik & Nasihat Doktor

Tidak berdiam diri, Dr Amalina menjelaskan bahawa dia menjaga dirinya berdasarkan bukti saintifik dan nasihat doktor, serta menyifatkan setiap orang mempunyai pilihan mereka sendiri.

“Setiap orang ada pilihan. Anda tidak boleh mengharapkan orang mengikuti semua yang anda lakukan. Saya menjaga diri saya berdasarkan bukti saintifik dan nasihat doktor.

Apa yang saya mahu lakukan di sini adalah untuk memperkasakan wanita untuk membuat keputusan sendiri dan memilih yang terbaik untuk mereka dan bayi mereka, untuk memahami tubuh badan dan anatomi mereka rasa supaya tidak tertekan dan gembira.”-Jelas Dr Amalina

Dalam pada itu, Dr Amalina turut berpendapat kaedah pantang Melayu adalah tidak wajib untuk dilakukan, asalkan seseorang mengamalkan gaya hidup yang sihat sepanjang hayat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.