22.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Setiap Masa, Setiap Saat Memang Aku Nak Dia Dengan Aku” – Izzue Islam

Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam berkata setiap saat dan setiap masa dia mahukan isterinya, Awin Nurin berada disisinya serta tidak dapat digambarkan perasaan kasih sayangnya pada wanita tercintanya itu.

Menerusi satu video, Izzue juga tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan jika dia dijemput Ilahi terlabih dahulu sebelum isterinya.

https://www.tiktok.com/@syanxrie/video/7420125567871143186

“Setiap masa, setiap saat memang aku nak dia dengan aku. Kalau tanya berapa banyak sayang aku kat dia, aku tak boleh nak cakap.

“Tuhan je tahu berapa banyak sayang aku kat dia. Dan seandainya aku pergi dulu tak tahu la sebab benda ni Allah yang susun kan,” katanya.

Sementara itu, Izzue menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang istimewa dan hanya dia sahaja yang tahu cara untuk melayani isterinya.

“Aku nak ada orang boleh layan macam mana aku layan dia. Aku tak tahu sebab Awin ni dia sangat istimewa, manja, dia ada banyak benda yang orang lain tak boleh buat, aku je boleh buat. Jadi kalau aku tak ada, siapa yang nak buat?” katanya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tersentuh dengan kenyataan Izzue itu serta ramai yang menyifatkan penyanyi dan pengacara itu lelaki ‘green flag’.

Izzue dan isteri berkahwin pada 2 Jun 2013 namun mereka belum dikurniakan zuriat sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.