22.8 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Setahun Lebih Awal! Ahmad Idham Sah Berundur Sebagai CEO FINAS

Selepas ramai yang berteka-teki mengenai jawatan yang dipegang oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), semalam pengarah itu disahkan akan berundur pada tahun hadapan.

Berundur Pada 10 Mac 2020

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh FINAS semalam, pengarah itu akan memendekkan kontraknya sebagai CEO dan meninggalkan jawatannya pada 10 Mac 2020.

“Ahli Lembaga Pengarah Finas menerima dan meluluskan permohonan daripada CEO Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk memendekkan tempoh kontrak beliau atas sebab-sebab peribadi,”

Dengan kenyataan tersebut, sekali gus menjawab dakwaan bahawa Ahmad Idham akan berundur dari FINAS seperti yang tular sebelum ini. Pada minggu lalu, pengarah filem Pencuri Hati Mr Cinderella ini telah mengumumkan akan cuti berehat selama 3 bulan bermula pada minggu ini sehingga pada Mac tahun hadapan. Sepanjang memegang jawatan tersebut pelbagai kritikan telah diterima oleh Ahmad Idham termasuklah mengenai isu menggesa kerajaan mengawal selia kandungan digital seperti Netflix.

Punca Akibat Tekanan? 

Dalam pada itu, menurut laporan dari Harian Metro pula, antara sebab mengapa Ahmad Idham mahu menamatkan kontrak lebih awal adalah kerana tekanan yang diterima dari pihak tertentu.

Malah pada petang ini beberapa wakil persatuan antaranya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima) akan adakan sidang media bagi mendesak Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo memperincikan semula keputusan Ahmad Idham itu yang disifatkan tidak adil kerana dikatakan akibat menerima tekanan pihak tertentu.Sebagai info, Ahmad Idham telah dilantik oleh Gobind sebagai CEO pada Mac yang lalu bagi tempoh dua tahun sehingga 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.