22.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Seriously Tan Sri?”- Shahrulezad Terkejut Menteri Anggap Isu Gangguan Seksual Tidak Penting

Pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin meluahkan rasa terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang menasihatkan pemain dalam industri seni tanah air tidak perlu memperbesarkan isu gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan mereka.

“Saya rasa isu itu tak perlu diperbesarkan. Fokus kepada perkara positif daripada kes-kes terpencil”-Jelas  Annuar seperti dilaporkan Utusan Malaysia

Menerusi sebuah hantaran di Instagram nya, Shahrulezad tidak menyangka seorang menteri akan memberikan kenyataan sedemikian.

“Seriously Tan Sri? I am speechless bila menteri abam cakap macam ni.

Bila budaya sexual harrasment cuba dinormalisasikan dan menjadi sesuatu yang tidak apa dan tidak perlu diperbesarkan dan dianggap remeh.”- tegas Shahrulezad

Gurauan Double Meaning Jadi Budaya Dalam Industri

Tambahnya lagi,  gurauan lucah double meaning di kalangan penggiat seni seakan sudah menjadi budaya di dalam industri.

“Gurauan gurauan berbau seksual antara krew dan artis. Mula mula sekadar gurauan yang akhirnya leads to another thing yang serious.

Yang muda dan yang senior bercakap lucah double meaning sesama sendiri dengan niat bergurau seakan akan menjadi satu budaya dalam industri.” – katanya lagi

Rasa Terganggu

Dalam pada itu, dia akui berasa terganggu kerana seorang menteri menyifatkan isu tersebut sebagai perkara yang tidak penting.

“Dan bila menteri sendiri berkata isu ini tidak penting dan tidak perlu diperbesarkan. It really triggers me. Thats it! Its a wrong to accept it.

Tan Sri jawab la sendiri dengan generasi akan datang bila keadaan semakin tidak terkawal dan menjadi budaya yang diterima ramai sebagai sesuatu yang normal”- jelasnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.