Semalam, di laman Twitter hangat memperkatakan mengenai bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James sehingga Trending apabila dia dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman terhadap orang berkulit gelap.
Tuntut Gelaran Dilucutkan
Terdahulu, Samantha telah memuatnaik beberapa kenyataan dan pendapatnya mengenai isu perbezaan warna kulit dan rusuhan kaum yang kini sedang melanda negara Amerika Syarikat (AS) berikutan kematian Floyd.
This y’alls miss universe malaysia??? pic.twitter.com/XRsQM0nLbC
— bella baxter (@lilasianthiccie) June 1, 2020
Dek kerana kenyataan Samantha yang mencetuskan kemarahan umum, warganet mula bertindak mengecamnya apatah lagi turut menuntut agar gelaran sebagai Miss Universe Malaysia 2017 dilucutkan.
“Kepada orang berkulit gelap, relaks. Ambil perkara ini sebagai cabaran untuk jadikan anda kuat.
“Terimalah perkara ini seadanya, sehingga kini masalah kelaparan dan kemiskinan masih ada. Ia tidak dapat dielakkan. Apa yang terbaik untuk anda lakukan adalah kekal tenang, lindungi hati dan jangan biarkan ia hancur,” tulis Samantha
Lebih memburukkan keadaan, Samantha juga kelihatan lantang bersuara di Insta-story nya biarpun dikecam termasuklah dilihat tidak sensitif meminta orang berkulit gelap bertanggungjawab terhadap rusuhan kaum yang melanda.
Samantha Tidak Lagi Di Bawah MUMO
Berikutan itu, Miss Universe Malaysia Organisation (MUMO) menerusi kenyataan rasminya telah menyatakan Samantha tidak lagi berkaitan dengan persatuan itu sejak Jun 2018. Malah segala posting yang dimuatnaiknya juga tidak lagi di bawah tanggungjawab MUMO. Bagaimanapun, MUMO menentang sekeras-kerasnya segala isu perkauman di seluruh dunia.
Sebagai info, pada minggu lalu telah tercetusnya rusuhan kaum di AS tercetus apabila seorang warga Afrika-Amerika George Floyd telah meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kesukaran untuk bernafas akibat lehernya telah ditekan oleh lutut seorang anggota polis Minneapolis, Minnesota.