Sejak beberapa hari yang lalu, industri hiburan panas seketika apabila pelakon, Zarina Anjoulie membuat teguran secara terbuka terhadap beberapa selebriti.
Buat Laporan Polis
Dikhabarkan kerana tegurannya itu,nama baik selebriti tanah air turut tercemar selepas dikecam oleh kebanyakan netizen di laman media sosia. Ekoran itu, Persatuan SENIMAN Malaysia telah membuat laporan polis terhadap Zarina atas muatnaik video berunsurkan hasutan dan kecaman terhadap industri seni malaysia.
Galakkan Penggiat Seni Buat Laporan Polis
Dalam kenyataannya di laman Instagram juga, pihak SENIMAN menggalakan selebriti dan penggiat seni yang lain untuk turut sama membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia terhadap pelakon Anak Pontianak itu.
“Mohon jasa baik artis artis dan penggiat seni untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia yang sama terhadap artis yang membuat video itu.
“Dalam keadaan kritikal ini adalah lebih baik membuat video yang membantu kerajaan dan frontliner untuk menghapuskan Covid-19 dari menghasut masyarakat untuk membuat perkara yang tidak baik yang boleh mengugat perpaduan industri seni dan mengugat ketenteraman awam,”
Terdahulu, Zarina telah mendedahkan dirinya teranaya apabila terdapat sebuah telegram khas dipercayai buat penggiat seni yang berdaftar dengan SENIMAN cuba mengaibkan dirinya.
Antara nama selebriti-selebriti yang disebut oleh Zarina adalah Emelda Rosmila, Amyza Adnan, Anne Abdullah, Lydiawati, Ogy Ahmad Daud dan Didie Alias.