Tahun 2019 telah melakar pencapaian sejarah baru, iaitu terdapat 2 filem animasi tempatan telah mencipta rekod tersendiri dengan meraih kutipan tertinggi sepanjang penayangan. UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL telah meraih kutipan sehingga RM26 Juta manakala BOBOIBOY MOVIE 2 berjaya memperoleh RM26 Juta sejak mula ditayangkan pada 8 Ogos 2019.
Walau bagaimanapun, 2019 juga diwarnai dengan kegagalan beberapa filem melayu yang kurang mendapat sambutan dari penonton.
Dalam rekod statistik yang dimuat naik oleh FINAS di laman sesawang rasmi mereka , terdapat beberapa filem Melayu di mana jumlah kutipan hanya mendapat kurang dari RM10 ribu sahaja.
Berikut Murai.my kongsikan 10 filem Melayu yang mendapat kutipan paling rendah di pawagam mengikut urutan;