Aktivis, Nurulhidayah Ahmad Zahid meluahkan rasa tidak puas hati selepas penyanyi rap dan usahawan, Caprice mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selepas tular video seorang lelaki yang dihalau keluar daripada memasuki lif bersama dengan bapanya, Dato Seri Zahid Hamidi ketika menghadiri pendengaran keputusan mahkamah beberapa tuduhan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta baru-baru ini.
Persoal SOP Sewaktu Menaiki Lif
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Caprice mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sewaktu menaiki lif.
“Apa yang pelik tentang video ini bukan sebab bodyguard tapi lif tu, bukan ke ada SOP atau limit berapa orang boleh masuk dalam lif tu. Tanya je.
Is there an SOP for the lift? Yes or no “-Soal Caprice
“Semua Benda Nak Dijadikan Content Sampah”-Nurulhidayah
Video yang telah dimuatnaik oleh Caprice telah mendapat perhatian daripada anak Dato Seri Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang meluahkan rasa tidak puas hati dan berpendapat semua isu mahu dijadikan sebagai “content sampah” oleh Caprice.
“I dah DM u. Bukan u takda whatsapp i minta i explain. Semua benda nak dijadikan content sampah.”-Nurulhidayah
Anak kepada Dato Seri Zahid Hamidi sebelum ini pernah memberi penjelasan selepas tular video seorang lelaki yang didakwa dihalau keluar daripada memasuki lif bersama bapanya sewaktu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini. Nurulhidayah menjelaskan bahawa lelaki itu ditarik keluar dari memasuki lif bersama bapanya berikutan atas faktor keselamatan.