Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat menitipkan rasa syukur apabila terdapat banyak pihak di Australia tampil untuk membantunya dari aspek khidmat kesihatan sewaktu menjalani orientasi. Difahamkan, orientasi tersebut bertujuan untuk mendapatkan kerakyatan tetap (permanent residence) di Australia.
“Alhamdulillah, banyak yang pihak Autralia berikan pada saya.”-Sajat
Beruntung Jadi Rakyat Australia
Menerusi Insta Stories, Sajat berkata dia aku beruntung menjadi rakyat Australia disebabkan keistimewaan yang disediakan oleh pihak Australia seperti rawatan gigi (public dentist) secara percuma.
“Untung kan jadi rakyat Australia. Patut lah banyak orang Malaysia suka duduk sini, semua benda Australia bagi free!! Untung lah..”- kata Sajat
“Ambulance Kat Australia Pun Free!!”-Nur Sajat
Tambahnya lagi, pihak Australia turut menyediakan perkhidmatan ambulans secara percuma berbanding di Malaysia yang mengenakan bayaran bagi perkhidmatan tersebut.
“Ambulance kat Australia pun free!!! Kalau uols tak ada insurance Malaysia, memang mampus lah nak kena bayar ambulance uols!!”- katanya lagi
Terdahulu, Murai.my melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan permohonan OWA Resources Sdn.Bhd untuk menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar oleh Sajat.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati Sajat tidak memberikan sebarang maklumbalas untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu.