Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pendedahan yang agak menyedihkan dibuat oleh pelakon dan penyanyi Naim Daniel yang mana dia akui agak terkesan dengan khabar berita bekas kekasihnya yang kini telah selamat mendirikan rumahtangga. Biarpun tidak mendedahkan siapakah bekas kekasihnya itu, netizen terlebih dahulu membuat spekulasi bahawa bekas kekasihnya itu merupakan penyanyi, Dayana Amerda.
Dayana Tampil Pertahankan Diri
Sejurus selepas itu, Dayana menerusi penjelasan lanjut di Instagram nya akui gadis yang dimaksudkan Naim adalah dirinya dan dia juga berasa kurang senang kerana single hits Naim yang berjudul Sumpah telah diterbitkan tanpa pengretahuannya. Penjelasan itu dibuat Dayana selepas terdapat segelintir netizen bertindak menyalahkan dirinya dan turut menganggap kononnya Dayana sengaja meninggallkan penyanyi itu.
Naim Mohon Maaf
Ketika isu tersebut hangat diperkatakan, Naim telah menghubungi ibu Dayana sendiri bagi memohon maaf. Perihal tersebut telah dimuat ibu Dayana, Aida Daud menerusi Insta-story nya.
Enggan membiarkan isu ini terus berlanjutan, Aida dan Dayana sendiri telah memaafkan Naim malah ibu penyanyi itu turut menghubungi Aida bagi meleraikan isu tersebut. Dayana yang juga bekas juara Idola Kecil musim pertama telah selamat mendirikan rumah tangga bersama juara yang juga peserta rancangan realiti tv itu, Hadi pada bulan lalu.