Usahawan sensasi yang juga pensohor media sosial, Carl Samsudin mendedahkan akhirnya dia dapat bertemu secara empat mata dengan seorang gelandangan warga emas yang dikenali sebagai Abdul Hadi pada petang Khamis.
Carl Sudah Bertemu Pak Cik Hadi
Selepas tularnya isu melibatkan Carl atau nama sebenarnya Muhammad Khalif Samsudin, usahawan itu bertemu dengan Hadi dipercayai bagi memohon maaf serta menjelaskan perkara yang sebenar. Dalam hantaran terbaharu di laman Instagram nya, kelihatan Carl sedang duduk di hadapan Hadi selain berkongsi kapsyen ringkas memohon maaf.
“Saya minta maaf,” tulisnya ringkas
Carl Maafkan Semua, Harap Jadi Pengajaran
Di hantaran Insta-story lewat malam tadi, Carl menyifatkan isu tersebut telah pun selesai. Selain sekali lagi memohon maaf, usahawan ini turut memaafkan semua pihak dan berharap isu ini menjadi pengajaran buat semua.
Terdahulu, Murai.my melaporkan seorang usahawan didakwa telah memalukan gelandangan warga emas secara terbuka apabila bercakap dengan nada yang kurang sopan sekalgius mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, dia turut dilihat melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana tidak memakai topeng pelitup muka. Susulan itu, kompaun sebanyak RM1,500 telah dikenakan oleh pihak Polis terhadapnya.