Baru-baru ini, anak kepada Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah telah dikecam oleh warganet kononnya telah melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) selepas berjumpa dengan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Ahmad Masrizal Muhammad yang diambil di Putrajaya baru-baru ini.
Nurul Cabar Netizen Buat Laporan Polis
Malah selepas dikecam, Nurul turut mencabar pihak yang mengkritiknya atas dakwaan melanggar PKP membuat laporan polis terhadapnya.
“Semua ini boleh dibuat melalui video call (panggilan video),”
Nurul Hidayah kemudian membalas dengan berkata: “Reportlah (laporlah) polis tak payah komen sini. Saya sedia bagi keterangan dari saya. Saya cabar”.
Caprice Adakan Pertemuan Dengan Menteri Kesihatan
Terbaru, penyanyi Rap Caprice turut menjadi mangsa kecaman orang ramai selepas dia telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bagi memohon maaf. Pertemuan itu dibuat Caprice kerana dia dikatakan telah memuat naik kenyataan seolah-olah menyindir Menteri Kesihatan itu mengenai ‘500 negara di dunia’.
Netizen Anggap Caprice Ingkar
Bagaimanapun, pertemuan itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen kerana beranggapan Caprice turut ingkar dengan PKP.
Rata-rata netizen beranggapan penyanyi rap itu boleh memohon maaf menerusi panggilan video selain turut memberi contoh Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri mengadakan perbincangan isu negara secara atas talian.
Sehingga kini, di media sosial nama Caprice hangat diperkatakan selain ada diantara mereka menuntut pelantun BAL ini memberikan penjelasan lanjut selain memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.