Baru sahaja reda isu berlian palsu melibatkan Aishah dan penaja rasmi Gegar Vaganza 4, Dato Seri Vida kali ini pemenang tempat kelima program realiti bagi musim keempat itu, Firman Siagian turut mendakwa subang berlian yang diterima nya sebagai hadiah adalah palsu.
Meragui Ketulenan Hadiah Pemberian DSV
Menurut penyanyi terkenal Indonesia itu, dia mulai meragui akan ketulenan barangan kemas yang diterima nya selepas menonton berita mengenai tuntutan dibuat oleh Aishah sejak tahun lalu.
Jelas Firman lagi, sekitar Mac tahun lalu dia dan isteri pernah ke sebuah kedai emas pusat beli-belah di Bandung bagi memeriksa nilai barangan kemas itu sekiranya ingin dijual.
Namun, kedai tersebut tidak dapat memeriksanya kerana hadiah yang bernilai RM30,000 itu tidak mempunyai sijil subang berlian.
“Sekitar Mac tahun lalu, saya ajak isteri ke pusat beli-belah di Bandung. Kebetulan ternampak kedai emas dan tergerak hati untuk pergi bertanya nilai barangan itu jika ingin dijual. Apabila saya menunjukkan subang itu, perkara pertama ditanya pekerja kedai emas adalah sijil subang berlian itu. Saya beritahu tak ada sebab ia adalah hadiah daripada pertandingan nyanyian. Disebabkan itu, mereka tidak boleh periksa,”
Akan Tuntut Hak
Tambah pelantun Kehilangan itu, hatinya kuat mengatakan bahawa hadiah yang diterimanya itu juga adalah palsu selepas mendapat tahu Aishah berjaya mendapat ganti rugi daripada tuntutan dibuat.
Malah dia juga telah menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada jutawan kosmetik itu bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu namun tidak berbalas.
Sama seperti Aishah, Firman berkata dia tetap akan berjuang menuntut hak nya sekiranya berlian pemberian Vida juga adalah palsu dan dia juga merancang untuk pergi memeriksa nilai barangan itu sekali lagi kelak. Imbas kembali mengenai Gegar Vaganza 4,
- Aishah : Juara (RM 100,000)
- Liza Hanim : Naib Juara (RM 50,000)
- Lan : Tempat Ke-3 (RM 30,000)
- Hazami : Tempat Ke-4 (RM 20,000)
- Firman : Tempat Ke-5 (RM 15,000)