21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Selepas 5 Tahun Bercinta, Syafiq Kyle & Mimi Lana Berpisah

Sudah ditakdirkan tiada jodoh diantara mereka. Begitulah yang terjadi buat pasangan Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang mengumumkan hubungan cinta mereka kini sudah terlerai.

Akui Sudah Sebulan Berpisah 

Sebelum ini, spekulasi mula timbul apabila kedua-dua mereka sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram satu sama lain selain turut memadam gambar mereka bersama yang pernah dimuat naik sebelum ini. Ianya diakui sendiri oleh Mimi.

Jelas pelakon wanita itu, mereka sudah berpisah sejak sebulan yang lalu dan menganggap tiada lagi persefahaman di antara mereka selepas 5 tahun menyulam cinta.

“Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga.”

Keputusan Dari Mimi Sendiri

Dedah Mimi lagi, perpisahan tersebut adalah daripada keputusannya sendiri dan antara dia dan Syfiq langsung tidak bermasam muka.

“Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. 5 tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama.”

Enggan terus bersedih, jelas Mimi fokusnya kini adalah dalam bidang lakonan dan tidak akan menolak sekiranya suatu hari nanti akan digandingkan bersama bekas kekasihnya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.