Baru-baru ini tular di media sosial apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dituduh oleh para antivaksin bahawa beliau menggunakan tangkal yang mempunyai empat jenis syaitan yang digunakan untuk melindungi dirinya.
Menerusi Instagram, pelawak, Harith Iskander tampil memberikan reaksi terhadap tuduhan yang diberikan terhadap Menteri Kesihatan itu dan mempersoalkan masyarakat yang masih mempercayakan perkara merepek.
“Kini sudah 2021!… dan kita masih mempunyai kepercayaan dalam perkara merepek?”-Soal Harith Iskander
Tambahnya lagi, beliau berpendapat komen Menteri Kesihatan mengenai beliau menggunakan “4 jenis syaitan” untuk melindungi dirinya, adalah klasik.
“Comeback Menteri Kesihatan Kita (dalam kotak merah) kepada komen netizen mengenai dia menggunakan “4 jenis syaitan” untuk melindungi dirinya, adalah klasik.”-Harith Iskander.
KJ Beri Jawapan Padu
Menteri Kesihatan tampil memberikan jawapan padu apabila beliau dituduh oleh para antivaksin bahawa beliau mempunyai tangkal yang ada empat jenis syaitan yang melindungi dirinya.
“Salah. saya guna 4 jenis jin vaccine untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac & CanSino.”- Balas KJ
Macam-macamlah antivaksin ni kan…