23.9 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Sedih! Atikah Suhaime Kongsi Gambar Detik Hari Lahir & Persiapan Kahwin

Siapa sangka, minggu ini sepatutnya bakal menjadi minggu yang menggembirakan buat pelakon Atikah Suhaime apabila tarikh 17 Mac sepatutnya menjadi hari bahagia nya bersama penyanyi Awi Rafael untuk mendirikan rumah tangga. Namun impiannya tidak tercapai, kerana hasrat tersebut terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana akur dengan keputusan keluarganya.

Titip Pesanan Di Hari Lahir 

Lebih menyedihkan pada hari ini merupakan ulang tahun kelahirannya yang ke-28. Kongsi Atikah, ianya telah menjadi pengajaran dalam hidupnya untuk tidak lagi merancang untuk berkahwin pada tarikh yang hampir dengan sambutan hari lahirnya. Menurutnya, isu tersebut (perkahwinan yang dibatalkan) akan menjadi sesuatu yang akan diingati setiap tahun apabila tiba hari lahir nya.

Kongsi Gambar Persiapan Kahwin 

Malah di Insta-story nya, pelakon ini turut berkongsi beberapa gambar persiapan perkahwinannya seperti gaun pengantin dan kek yang sudah siap ditempah.

Selepas memadam posting mengenai perkahwinannya sebelum ini, Atikah sekali lagi memuat naik kenyataan yang sama berkenaan isu tersebut.

https://www.instagram.com/p/Bu_v1eGn8fz/

Rata-rata peminat dan rakan-rakan artis berharap Atikah akan terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Be strong Atikah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.