22.4 C
Malaysia
Wednesday, September 4, 2024

Latest Posts

“Saya Yakin Dengan Bakat Saya!”- Kelly Azman Perkenal Single Terbaharu ‘Nikmat Di Hari Raya’

Selebriti serba boleh, Kelly Azman kini muncul dengan single terbaharu berjudul Nikmat Di Hari Raya, duet bersama Ismaliza Ismail (Isma AF7). Nikmat Di Hari Raya merupakan single ketiga Kelly selepas Kepulangan Di Hari Raya (2010) dan No No No (2017).

Nikmat Kembali Meraikan Lebaran

Pelantun No No No menjelaskan bahawa single terbaharunya ini menceritakan mengenai nikmat untuk kembali meraikan lebaran bersama keluarga dan teman tersayang setelah dua tahun tidak bersama kerana pandemik COVID-19 serta menitipkan harapan agar lagunya mendapat sambutan di kalangan peminat.

“Single ini merupakan ciptaan S. Atan dan liriknya pula nukilan Tanty dan Miss Darna. Sepatutnya lagu ini dikeluarkan pada tahun lalu tetapi atas kekangan pandemik, lagu ini dapat direalisasikan pada tahun ini.

“Idea untuk menghasilkan lagu ini datang dengan spontan bersama Isma. Semuanya dipermudahkan biarpun menghadapi rintangan dan akhirnya lagu ini muncul selepas setahun menanti. Menerusi single Nikmat Di Hari Raya, kami bekerjasama dengan Sony Music. Alhamdulillah, lagu ini sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital pada 15 April dan jika tiada aral melintang, ia bakal berada di saluran YouTube Sony Music Malaysia pada 30 April ini.

“Lagu ini mengisahkan mengenai nikmat untuk kembali meraikan lebaran bersama keluarga dan teman tersayang pada tahun ini selepas dua tahun tidak bersama kerana Covid-19. Saya berharap lagu ini dapat sambutan yang baik, Insya-Allah,” katanya.

Akui Diri Layak Menjadi Penyanyi

Biarpun sering menerima kritikan netizen yang menganggap dirinya tidak layak bergelar penyanyi, juri program All Together Now Malaysia ini mempunyai pendirian tersendiri.

“Ramai yang tak berpuas hati dengan saya, pastinya kehadiran single ini akan dikritik, lebih-lebih lagi apabila ada netizen yang menganggap saya tak layak bergelar penyanyi.

Saya rasa saya layak menjadi seorang penyanyi kerana saya mempunyai tone suara yang sedap dan mempunyai bakat tersendiri dalam bidang muzik. Saya yakin dengan bakat dan suara yang diberikan oleh Allah untuk saya menghiburkan peminat.

Dapat Sokongan Peminat Walau Dikecam

Menurut Kelly, walaupun dirinya berdepan kecaman, masih ramai peminat memberikan sokongan padanya yang menjadi sebab untuk terus berusaha dalam bidang seni.

“Biarpun saya menerima kecaman, ramai juga peminat yang memberikan sokongan tak berbelah bahagi. Jadi, itu menjadi sebab untuk saya terus berusaha dalam bidang seni tanpa rasa bosan dan penat. Lagipun, bidang seni adalah minat saya dan saya tak akan berhenti untuk memberikan yang terbaik.

Sebagai info, Kelly Azman juga bakal muncul dengan single balada dan dalam perancangan untuk berkolaborasi bersama trio BBNU. Penghibur ini turut meluahkan rasa teruja kerana lagu itu dicipta oleh komposer prolifik, Sharon Paul.

Dengarkan single Nikmat Di Hari Raya di semua platform penstriman digital sekarang!

YouTube video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.