Menerusi Insta Stories, Elfira Loy menerima persoalan daripada pengikutnya untuk memberikan pendapat mengenai isu yang melibatkan pelakon Raja Farah dan Fauzi Nawawi.
“Mahu mendengar pendapat anda mengenai isu yang melibatkan Raja Farah, rasa sangat menyedihkan bagi beliau 🙁 Astaghfirullah”- soal Peminat
Tidak Mampu Setenang Raja Farah
Pelakon drama Qalesya ini kemudian menjawab persoalan tersebut dengan memberitahu dia berasa marah terhadap perkara yang berlaku dan tidak mampu untuk tenang seperti Farah sekiranyaa isu yang sama terjadi padanya.
“Sebenarnya saya begitu marah . jika itu saya, saya tidak begitu tenang seperti kak Farah haha.”- tulis Elfira
Pelik Mengapa Ia Masih Disiarkan Di Televisyen
Tambahnya lagi,dia turut berasa pelik bagaimana episod rancangan tersebut masih disiarkan di televisyen sebelum ini.
“Yang peliknya. MACAM MANA STILL BOLEH DISIARKAN?
Boleh elak, boleh cut the part kenapa masih siarkan kenapaaa. Tak pahamlah.”-Soal Elfira
Terdahulu, Raja Farah dan suami tampil memberikan kenyataan setelah pelakon Fauzi Nawawi menceritakan pengalamannya menjayakan babak merogol pelakon itu dalam filem Anak Halal. Suami kepada Farah turut menyifatkan rakaman yang disiarkan di sebuah stesen televisyen itu sebagai tidak menjaga aib dan kehormatan wanita.