Beberapa pelawak terkenal termasuk Shahrol Shiro telah dituduh sebagai pelaku dalam kes pemerdagangan wanita atas tujuan seks baru-baru ini.
Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie bin Azmi, 37, berkata dia telah dihubungi oleh teman rapatnya berkaitan dengan kes tersebut. Tambahnya, namanya juga sudah terpalit dengan kontroversi itu apabila ada beberapa pihak cuba menuduhnya.
Menerusi Instagramnya, Shahrol menolak dakwaan tersebut dan meminta orang ramai untuk tidak mengaitkan namanya dengan kes tersebut.
“Beberapa sahabat termasuk bertanya adakah itu saya dan saya telah menjelaskan “ITU BUKAN SAYA”.
Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yang komen-komen terus menuduh saya, saya tak mahu kalian merangkak di Padang Mahsyar mencari saya dan fokus pada dosa-dosa yang lain kerana saya dah memaafkan anda”. tulisnya.
Pelawak yang berusia 37 tahun ini juga berkata dia sedia memaafkan mereka yang menuduhnya dan tidak menyimpan dendam. Tambahnya, dia berterima kasih kerana ada pihak yang masih mengambil berat tentangnya.
“Buktinya saya masih umur bawah 40an, muda kan? Sekian terima kasih kerana mengambil berat pasal saya.”