Nama penghibur Kelly Azman menjadi perhatian netizen sejak muncul sebagai salah seorang juri program realiti All Together Now Malaysia (ATNM). Manakan tidak, mencetuskan kontroversi berikutan sering kali ‘tidak bangun’ pada beberapa persembahan peserta, namun bagi Kelly yang juga seorang wartawan hiburan ada alasannya tersendiri.
Kelly Sedia Kembali Sebagai Juri
Terbaru, meskipun ATNM sudah melabuhkan tirainya namun Kelly masih lagi dikecam oleh netizen dan tidak terkecuali ada selebriti yang cuba memandang rendah padanya. Seperti sudah lali dengan kecaman tersebut apatah lagi sudah lama berada di dalam industri seni, Kelly berkata dia bersedia untuk kembali dalam ATNM dalam musim akan datang sekiranya masih diberi peluang.
“Saya akui masih lagi dikecam oleh netizen apatah lagi finale ATNM baru saja berakhir pada minggu lalu. Namun, ada satu komen baru-baru ini yang saya boleh katakan agak melampau ada apabila ada seorang netizen DM saya panjang lebar.
Tak sempat saya nak screenshot dia dah padam mesej itu apabila saya sudah membacanya. Apa-apa pun, jika ada rezeki saya kembali dalam ATNM. Insyallah..tunggu” kata Kelly ketika dihubungi Murai.my
Titip Pesanan Buat Netizen
Dalam pada itu, Kelly turut menyifatkan tindakan kecaman daripada netizen bukan lagi perkara baru dalam industri seni. Tidak mudah melatah,sebaliknya Kelly yang juga mekar dengan lagu No No No menitipkan pesanan khas buat semua netizen.
“kepada semua net..net..net(netizen). Apapun saya doakan kesejahteraan anda semua dan saya pasti anda akan merindui saya. Nantikan program dan drama saya yang bakal menyusul selepas ini. Doakan juga kerjaya seni saya” kata Kelly lagi
Sebagai info, Kelly akan muncul dengan single terbaharunya pada awal tahun depan selain terbabit dengan beberapa projek seni bersama selebriti-selebriti popular tanah air.