22.2 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

‘Saya Minta Maaf”- Mawar Jawab Spekulasi Perkahwinan Di Ambang Perceraian

Desas-desus mengatakan rumahtangga pasangan ini berada di ambang perceraian dan semakin menjadi buah mulut di kalangan peminat. Hubungan dingin antara Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim sudah lama dihidu oleh peminat dan wartawan selepas Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anaknya.

Sebelum ini, menerusi temubual eksklusif bersama Harian Metro, Fizo tidak mahu mengulas lanjut terhadap isu tersebut dan memohon diberi ruang dan masa bagi menjelaskan perkara itu. Penjelasan yang sama turut dikeluarkan oleh Mawar di mana dia memohon maaf kerana tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjaga hati banyak pihak.

“Saya minta maaf sangat kerana buat masa ini saya tak boleh komen apa-apa lagi. Saya perlu menjaga banyak pihak,” katanya kepada Harian Metro

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan apa yang sedang berlaku dalam rumah tangga pasangan ini, memandang masing-masing masih menyembunyikan sesuatu dari peminat. Walaubagaimanapun, sebagai peminat seharusnya tidak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Sah Cerai Talak Satu, Berakhir Sudah Jodoh Fizo Omar & Mawar Karim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.