Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin tampil bersuara selepas tular video buli yang melibatkan tujuh remaja lelaki yang melakukan serangan ke atas seorang remaja lelaki lain di Kunak, Sabah.
“Saya Lihat Jadi Sakit Hati”-Zarina Zainuddin
Menerusi posting di Instagram, Zarina akui terkesan menonton video tersebut yang disifatkannya sebagai hilang pertimbangan kerana sanggup memukul remaja itu sehingga lemah longlai apatah lagi sewaktu azan sedang berkumandang.
“Di waktu azan sedang berkumandang mereka seperti orang hilang pertimbangan pukul sampai lembik anak orang..Saya lihat jadi sakit hati..
Kes buli macam ni kalau sekadar diberi amaran dan hukuman ringan mereka takkan takut sebab orang kalau dah biasa pukul orang dia jadi sedap nak pukul lagi dia rasa dua hero gangster kampung dorang.”- pesan Zarina
Mahu Pembuli Dikenakan Hukuman Penjara Seumur Hidup
Tambahnya lagi, dia mencadangkan agar pembuli seperti itu dikenakan hukuman penjara seumur hidup supaya mereka yang bersalah akan berasa insaf dan dapat belajar menghormati orang lain.
“Saya cadangkan pembuli sebegini diberikan hukuman PENJARA SEUMUR HIDUP..Biar mati pun nanti dalam penjara baru dia insaf belajar agama belajar hormat kat orang..
Belajar buat perkara yang berfaedah kat dalam tu. Sampai hujung nyawa dia mesti bahagia kat dalam tu.”- katanya lagi
Memetik laporan Berita Harian, baru-baru ini tular sebuah klip video kejadian pergaduhan sekumpulan remaja lelaki yang telah menumbuk dan menendang seorang remaja lelaki lain.
Kesemua mereka telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam.