24.5 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Saya Lelah Fikir Tentang Jodoh”- Ahmad Iqbal Idam Wanita Kampung Sebagai Suri Hati

Sesi ‘send me anonymous messages!’ di Instagram Story milik selebriti dan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli mencuri perhatian warganet dan juga lensa Murai MY.

Wanita Kampung Idaman Hati

Menjengah ke Instagram Story Iqbal, selebriti sensasi ini mendapat mesej dari pengikutnya yang menasihati usahawan ini agar mencari pasangan yang biasa sahaja.

Mendapat mesej sedemikian, Iqbal mendedahkan dia ingin menjadikan pasangan hidup yang ikhlas dan juga memiliki akhlak yang baik

“Tentang pasangan, doakan Allah temukan saya dengan pasangan yang jujur dan ikhlas. Biarlah tidak cantik asal ada akhlak yang baik. Buat masa sekarang saya tidak mahu fikir lagi, saya cuma idamkan gadis kampung biasa sahaja yang menenangkan.” Coretnya

via Instagram Ahmad Iqbal

Penat Fikir Soal Jodoh?

Selepas sesi soal jawab tersebut, Iqbal memuatnaik tangkap layar berita dari portal hiburan sambil menulis coretan bahawa dia kini berasa penat dan lelah memikirkan tentang soal jodoh.

“Jujur saya lelah fikir tentang jodoh. Hati mahu tapi biarlah. Biar dan biarkan. Kemudian dan kemudian lagi. Siapa yang mengenali saya pasti tahu mengapa saya jadi serik.” Coretnya

via Instagram Ahmad Iqbal

Apa pun Murai MY mendoakan yang terbaik untuk Iqbal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.