Guru selebriti, Cikgu Zack Kirana sebelum ini menjadi perhatian netizen selepas memberikan teguran mengenai penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lirik lagu ‘Casablanca’ nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.
Buat Laporan Polis
Terkini, cikgu Zack Kirana mengatakan bahawa dia telah membuat laporan polis terhadap individu yang telah menghina dan memberikan kata-kata kesat padanya di media sosial.
“Apabila sudah hilang sabar. Saya telah membuat laporan polis terhadap individu yang telah menghina dan mencerca saya dengan kata-kata kesat di media sosial.
“Individu tersebut juga cuba menjatuhkan maruah saya sebagai seorang pendidik dan pendukung bahasa Melayu.”-Tulis Cikgu Zack Kirana
Tidak Akan Berdiam Diri
Dalam pada itu, guru selebriti ini mengatakan bahawa dia telah menyerahkan perkara itu kepada pihak polis serta menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri lebih-lebih lagi buli siber.
“Saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu berkenaan.
“Saya tidak akan berdiam diri. Saya antibuli, lebih-lebih lagi buli siber. MALAYSIA ada undang-undang. SAYA LAWAN!”- Tegas Cikgu Zack Kirana
Harap individu yang lakukan buli siber mendapat hukuman setimpal.