Chef Selebriti terkenal, Datuk Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan meluahkan rasa syukur melihat anak perempuannya, Serina Redzuawan dapat menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anaknya sepanjang cuti sekolah.
Mahu Cucu-Cucunya Ceria & Berjaya Dalam Pelajaran
Menerusi posting di Instagram, Chef Wan memberitahu sebagai seorang datuk, dia hanya mahukan cucu-cucunya itu sihat dan cemerlang dalam pelajaran.
“Sebagai Tok, saya hanya mahu cucu-cucu saya sihat, ceria, dan cemerlang dalam pelajaran. Masa depan mereka sangat penting. Saya tidak mahu kerana semua ini perebutan anak-anak bahagian mereka terjejas.”- ujar Chef Wan
Akui Telah Menasihati Serina Banyak Perkara
Jelas Chef Wan lagi, dia telah menasihati Serina dalam banyak perkara dan mahu menjadi jujur serta memikirkan kesilapan mereka.
“Saya juga menasihati Serina banyak perkara. Masing-masing mesti jujur dan fikirkan kesilapan mereka, move on, dan utamakan kebajikan anak-anak.
Jangan terlalu mendengar nasihat orang. Sebagai ibu bapa, anda berdua buat keputusan”-Pesan Chef Wan
Terdahulu, nama Serina menjadi tumpuan selepas mengumumkan dirinya telah selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada seorang pegawai polis. Namun, hari bahagia bertukar sebaliknya apabila Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mengetahui pengumuman pernikahan Serina daripada kakaknya, selain mendakwa pasangan itu bernikah di Thailand.
Walaubagaimanapun, Serina menafikan dakwaan dia telah bernikah di negara jiran dan menegaskan majlis itu diadakan di Perlis.