23.1 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Saya Dan Adik Dah Bersuami”- Nurul Zahid Tegur Netizen Gurau Tak Bertempat?

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahidi Hamidi meluahkan rasa marah dan teguran di media sosial beliau baru ini, gara-gara komen gurauan warganet yang disiarkan dalam sebuah artikel media tempatan.

Nurul memuatnaik tangkap layar berita yang memaparkan tajuk ‘Ramai Yang Ingin Berjodohan Dengan Anak Zahid Hamidi’. 

Di mana dalam artikel berkenaan terdapat komen gurauan warganet yang menggelar bapanya sebagai ‘abah’ dan bergurau ingin menjadi menantu kepada Presiden UMNO ini.

Sudah Bersuami Dan Miliki Cahaya Mata

Berang dan tidak selesa dengan komen gurauan yang disiarkan dalam artikel media tempatan baru ini, Nurul memberi respon balas menerusi muatnaik terkini beliau di Instagram

Dalam coretan yang ditulis Nurul, beliau dengan tegas mengatakan bahawa dia dan adik perempuannya sudah berumahtangga dan miliki cahaya mata. Malah Nurul juga menyifatkan komen-komen gurauan sedemikian merupakan berbuatan yang tidak beradab.

“Rasanya ramai kot yang tahu hukum bergurau macam ni dengan isteri orang. Ramai yang hilang adab. Saya dan adik saya sudah bersuami dan masing-masing punya tiga dan empat orang anak.” Tulis Nurul tegas

Nurul juga menyoal orang ramai terutama para suami, sama ada mereka suka atau marah jika ada orang yang bergurau seperti itu tentang isteri mereka.

“Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar. Ada ker lelaki (suami) yang suka orang bergurau tentang isteri mereka macam ni? Kalau isteri korang orang bergurau macam ni, suka atau marah?” Tulis beliau lagi

via Instagram Nurulhidayah Ahmad Zahid

Sekadar info, Nurulhidayah telah mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff pada tahun 2017 dan merupakan isteri kedua serta madu kepada Allahyarhamah Datin Bahazanariah Baharudin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.