Jutawan kosmetik terkenal, Dato Seri Aliff Syukri mendedahkan kisahnya kini jarang menjadi sorotan netizen berikutan sengaja berbuat demikian.
Mahu Tumpu SyarikatÂ
Menurut Aliff, sebelum ini dia sememangnya sedia maklum akan kisah mengenai dirinya dan keluarga yang sering tular di media sosial malah sehingga menjadi bualan hangat dan kecaman para netizen. Atas faktor keluarga dan umurnya yang semakin meningkat, Aliff berkata fokusnya kini lebih tertumpu kepada syarikat dan imej korporatnya sebagai seorang usahawan.
âSaya kerugian lebih daripada 40% di era pandemik ini. Tetapi rezeki saya, saya tidak berhutang dengan mana-mana pihak dan saya bukan berbelanja besar serta membazir. Kalau tengok pun saya dah kurang meriak kerana terlalu sensitif untuk dibuat ketika ini apatah lagi ramai terkesan. Kalau rasa nak buat, cepat-cepat saya fikir tak boleh buat macam itu.
âSaya sendiri  terkesan sebenarnya. Sasaran perniagaan saya dahulu dan kini pun dah berbeza. Kita tak boleh ketawakan orang.Bila saya tengok banyak syarikat besar gulung tikar saya tak pernah ketawakan dan saya tak nak ulas mana-mana isu berkaitan kerana kita tahu betapa sukarnya sekarang rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupanâ kata Aliff kepada Murai.my
Enggan Lagi Terkinja-Kinja
Malah, dia akui tidak lagi berminat untuk terkinja-kinja di hadapan kamera seperti dahulu hanya kerana ingin mencari publisiti. Sudah puas mengecapinya, Aliff berharap perjalanannya bersama syarikat selepas ini akan terus sukses apatah lagi turut menerima tempias wabak penularan COVID-19 yang masih melanda negara.
âSaya menjadikan ibu saya sebagai idola. Dia sering menasihati saya untuk tidak terkinja-kinja tetapi masa itu saya tak fikir kerana mementingkan jumlah penonton dan populariti. Saya tidak pernah memerli siapa dan tidak pernah terfikir ke arah itu. Umur saya pun dah meningkat
âSecara jujurnya saya dah tak suka tengok kamera. Isteri saya pun dah kurang di hadapan kamera. Saya berada di dalam bidang korporat dan perniagaan pun saya dah tukar dalam bidang yang sama supaya Aliff Syukri selepas ini bukan dilihat menagih publisiti murahan. Maksud saya nak cari publisiti mudah saja. Orang cetuskan kontroversi dan kita pun menyelit atau bagi komen.
âPengikut saya pun ramai. Bukan saya nak riak tapi saya tak perlukan itu. Cukuplah saya pernah dituduh dera anak, ambil kesempatan terhadap pembantu rumah, seludup Sajat dan sebagainya. Bagi saya, anda nampak biasa. Tetapi bila melibatkan keluarga, tercetus pula krisis di antara ahli keluarga. Sebenarnya saya berhadapan dengan lebih 10 kes saman, tetapi saya tidak kecoh kerana bagi saya tidak perlu untuk kecoh mengenainya biarlah antara saya dan peguam sayaâ katanya lagi
Aliff ditemui Murai.my di malam penghargaan DâHerbs Terlajak Laris di One World Hotel Petaling Jaya pada malam Sabtu. Dalam majlis itu, Aliff turut memaklumkan syarikatnya akan menubuhkan Akademi DSS (Datin Seri Shahida) yang bakal dilancarkan pada tahun ini. Akademi DSS mensasarkan untuk membantu golongan belia dan remaja yang ingin memulakan perniagaan kelak.