Pada minggu lalu, media tempatan melaporkan seorang usahawan kosmetik dipercayai Dato Seri Aliff Syukri didakwa memukul dan mencubit seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dipercayai anak angkatnya pada 28 Februari lalu sebelum pembantu rumahnya warga Indonesia membuat laporan polis keesokannya.
Ameena Dalam Jagaan Sementara Pembantu Peribadi Aliff
https://www.instagram.com/p/B8qqueDJ-w2/
Susulan daripada itu Aliff telah ditahan namun dibebaskan dengan jaminan polis, setelah mendapatkan keterangan daripadanya. Manakala anak angkatnya, Ameena telah diserahkan kepada pembantu peribadinya untuk dijaga sementara atas nasihat daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling Jaya.
Difitnah?
Menerusi carian Murai.my kepada perkongsian terkini usahawan itu di laman Instagram nya, Aliff meluahkan rasa sedih serta memberi bayangan bahawa dia telah difitnah yang merujuk kepada kes tersebut. Perkongsian itu dibuat Aliff dipercayai kiriman mesej yang memberikan kata-kata semangat buatnya.
Dalam perbualan tersebut, mereka percaya bahawa Aliff telah dianayai dan kenal akan sikap sebenar usahawan itu.
Dalam perkembangan lain, menerusi laporan Berita Harian kertas siasatan berhubung kes itu akan diserahkan polis kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) esok untuk tindakan selanjutnya.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan semua saksi terbabit kes berkenaan.