23.9 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Saya Dah Menang”- Haneesya Hanee Tuju Ucapan Buat ‘Haters’

Siapa sangka, model dan pelakon Haneesya Hanee berjaya merangkul anugerah artis wanita baharu popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) yang berlangsung pada Ahad baru-baru ini.

Terkejut Dengan Kemenangan 

Menurut Haneesya ketika ditemui murai.my, dia begitu terkejut kerana tidak menyangka akan menang memandangkan dia turut bersaing dengan nama-nama besar di dalam kategori itu. Menganggap ianya sebagai rezeki, Haneesya turut berterima kasih pada peminatnya yang bersusah payah mengundi sehingga dia berjaya merangkul anugerah tersebut.

“Sebenarnya sangat mengejutkan memandangkan Haneesya bersaing dengan orang-orang yang hebat dan lebih berpengalaman. Bila Haneesya fikir balik, mungkin ini adalah rezeki dan usaha peminat-peminat Haneesya”

Bercakap mengenai mereka yang sering mengecam segala apa yang dilakukannya, model yang semakin meningkat naik ini beranggapan isu seumpama itu seperti satu dugaan dan hikmah untuk menaikkan nama pada masa akan datang. Namun begitu, jelas Haneesya lagi dia menolak ianya memberi satu publisiti buatnya dan akui popularitinya datang bermula dari pembabitannya dalam sebuah drama suatu ketika dahulu. `

“Secara jujurnya populariti Haneesya datang bukanlah dari program realiti itu sebaliknya disebabkan penangan drama Cik Reen Encik Ngok Ngek. Dan disitulah juga segalanya bermula baik dari suka atau tidak dan ada juga yang hanya mengikuti Haneesya hanya sekadar untuk tahu kisah panas”

Dalam masa yang sama, Haneesya sempat menitipkan ucapan penghargaannya buat setiap komen yang diterima baik dari segi positif mahupun negatif.

“Kepada mereka yang membenci saya,tidak banyak yang saya boleh katakan..Cuma ya, saya dah menang!”

Ibu Berjanji Akan Terus Sokong Haneesya

Menyusuli perasaaan ibu kepada gadis berusia 19 tahun ini pula, Nor Sakuraneeda beranggapan segala penat lelah peminat Haneesya sebelum ini terbalas. Juga berasa terkejut dengan kemenangan tersebut, ibunya menganggap ianya satu lagi permulaan baharu tidak menolak ‘penamat’ umur belasan Haneesya yang cukup baik.

“Jika dahulu saya pernah nasihat pada dia, keajaiban boleh berlaku, jadi kali ini, saya berpesan padanya jatuh itu biasa, bangkit itu luar biasa. Ini adalah permulaan yang baik untuk dia melangkah ke umur puluhan. Insyallah kami akan perbaiki apa yang kurang. Jadi segala apa yang kurang sebelum ini, saya sebagai ibunya percaya ada hikmahnya. Insyallah kelak, kami akan buat sedikit kenduri kesyukuran”

ABPBH 32 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang mana menyaksikan pelakon Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.