Menjawab persoalan tidak lagi dihimpit dengan pelbagai kontroversi panas, jutawan kosmetik Dato Sri Aliff Syukri berkata dia enggan lagi terpalit isu sedemikian.
Mahu Jadi Lebih Matang
Menurut Aliff kepada Murai.my, dia akui berasa malu apabila anak-anaknya sudah meningkat remaja dan membaca pelbagai jenis komen yang diberikan oleh warganet kepadanya. Berazam untuk menjadi lebih matang, dedah Aliff lagi dia berasa gembira kerana kehidupannya lebih bermakna selain mendapat sokongan isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida.
“Jujurnya saya tidak takut kepada sesiapa tetapi saya ingin menjadi lebih matang. Pertama, saya pun dah tua, umur 34 tahun dan anak saya pun dah meningkat remaja jadi mereka pun sudah boleh baca komen (di media sosial) dan saya pun rasa malu.
“Kedua, cikgu disiplin saya dekat sebelah ini (Shahida). Dia yang banyak bantu saya dan pada tahun ini saya dah bertaubat. Saya enggan lagi meriak-riak”
“Sebenarnya saya merasakan hidup tanpa kontroversi ini lebih seronok dan saya sebenarnya dah lama ingin jadi macam ini (tanpa kontroversi) tetapi orang tetap mencari salah saya”
“Saya seronok menjadi Aliff Syukri yang baru, lebih fresh” katanya
Berubah Sejak Tahun Lalu
Mengulas mengenai perubahannya, Aliff berkata dia mula berazam berbuat sedemikian ketika pelancaran lagunya yang berjudul Ingin Bahagia pada Mac tahun lalu.
Jelas Aliff, orang ramai menganggapnya ia sebagai gimik namun tegasnya airmata darah itu sebagai simbolik bahawa dia ingin berubah.
“Lagu saya yang lama yang ada menunjukkan air mata darah itu yang orang anggap gimik sebenarnya ia adalah real. Malah isteri saya pun bertambah baik dan romantik dengan saya. Alif – Dulu YouTube saya dibayar beratus ribu. Sekarang ini saya sedar dan fikir, mana yang penting? Duit ke atau kematangan? Dia ada dua. Kalau dapat duit, awak mungkin akan hilang keluarga dan darjat. Jadi saya terpaksa buat pilihan mana satu yang saya mahu.
“Saya rasa ‘aku dah tua dan umur pun dah 34’ . Anak saya pun sekarang lebih tinggi daripada saya. Kadang-kadang bila pergi sekolah ada yang tegur anak mengenai saya”
“Bila saya nampak perubahan itu, dia jadi sendiri. Bila arwah abah saya meninggal, saya terfikir kalau aku mati esok, adakah aku nak tinggalkan video-video yang tak baik impaknya kepada orang?” dedah Aliff
Shahida Bersyukur
Bagi Shahida pula, dia meluahkan rasa syukur dengan perubahan ketara yang dilakukan oleh suaminya. Kongsi bekas anggota kumpulan Solehah ini, Aliff yang ‘baharu’ ini lebih banyak luangkan masa bersama keluarga.
“Alhamdulillah saya bersyukur sebab dia pun tidak adalah sibuk sangat dengan content YouTube, lebih banyak luang masa dengan keluarga.Banyaklah perubahan” kongsi Shahida
Dalam perkembangan lain, Aliff telah dilantik sebagai e- duta kepada jenama kerusi Gintell. Aliff berkata dia gembira apabila dipilih menjadi wajah kepada jenama terkenal itu selama setahun .
Malah dia turut menyifatkan tawaran ini sebagai rezeki perubahan dirinya.
“Hari ni adalah hari yang paling bersejarah buat saya apabila saya dilantik untuk menjadi Ambrassador untuk @GintellMalaysia dan Juga Terima kasih buat Dato Gohh di atas perlawaan kepada saya sebagai Embrassador.. saya akan lakukan yang terbaik.Memandangkan saya juga adalah salah seorang pengguna setia Gintel daripada 15 tahun yang lepas” kongsi Aliff di laman Instagram
https://www.instagram.com/p/CN1tMtsJnzy/
Sekadar info, Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan dikurniakan lima orang cahaya mata Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah. Selain itu, pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat perempuan yang dikenali sebagai Ameena.