27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Saya Cukup Anti Lelaki Berfikiran Kolot”-Dr Say Komen ‘Tweet’ Isteri Harus Berhias Di Rumah Untuk Suami

Personaliti televisyen, Dr Say Shazril tampil memberikan ulasan mengenai tweet seorang warganet di Twitter yang berpendapat isteri seharusnya berhias untuk suami.

Tidak Suka Lelaki Berfikiran Kolot

Menerusi posting di Instagram, Dr Say memberitahu bahawa dia sangat tidak sukakan lelaki yang berfikiran kolot seperti warganet tersebut dan berpendapat warganet itu masih belum berkahwin kerana memberikan tweet sebegitu.

“Tergerak hati nak buka topik ni sebab again saya cukup anti lelaki berfikiran kolot macam gambar kedua. 1st and foremost saya rasa penulis twitter ni tak kahwin lagi & kalau dah kahwin, saya kasihan dengan isterinya.”-Dr Say

Isteri Berhias Erti Suami Bijak Jaga Penampilan & Pakaian Isteri

Dr Say turut memberitahu bahawa dia pernah terfikir dahulu mengapa isterinya berhias sewaktu keluar dari rumah. Namun, dia berpendapat jika isteri berhias untuk ke pejabat itu melambangkan betapa bagusnya si suami menjaga isteri dari segi pakaian dan penampilan.

“Awal-awal dulu saya pun pernah terfikir ‘kenapa bini aku keluar cantik-cantik sangat, pakai mekap perfume bagai’ tapi bila fikir balik AN EXCELLENT WIFE IS THE CROWN OF HER HUSBAND.

Maksudnya kalau bini kita berhias elok-elok tidakkah dia melambangkan betapa bagusnya kita sebagai suami menjaga dia dari segi pakaian & penampilannya? Kalau isteri selebet selenga semongeh tak ke kita sebagai suami rasa malu?”-Dr Say

Tambahnya lagi, Dr Say memberitahu  dia sentiasa mengingatkan isterinya untuk sentiasa membersihkan muka selepas pulang dari rumah dan berpendapat para suami tidak akan dapat menandingi kerajinan isteri dari melakukan kerja rumah.

“Nak cakap pasal isteri berhias kat rumah, logik akalnya bang nak ke bini makeup tebal berinci-inci dalam rumah tu? Tiap-tiap kali balik dari keluar rumah saya ytang ingatkan bini untuk cuci muka dia sebab saya pun geli kalau dia sayang saya dengan mekap lipstick bagai tu.

Lagipun rajin mana pun kita sebagai suami , kita takkan dapat menandingi kerajinan bini kita dari mengemas rumah, jaga anak, masak untuk sekeluarga, pulak tu dia kerja macam kita. Bagilahh depa pakai selesa-selesa kat rumah tu sebab bila depa selesa mesti kehidupan kita sebagai suami pun selesa”-Dr Say

Apa pendapat korang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.