27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Saya Bukanlah Alim Sangat”-Shahrulezad Jawab Teguran Kononnya Konten Media Sosial Tak Selari

Pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin tampil memberi penjelasan selepas mendapat teguran dan kecaman mengenai konten nya di media sosial yang tidak selari dengan imej yang ditunjukkan di luar.

Akui Tak Melenting Dengan Teguran & Kecaman

Menerusi posting di Instagram, Shahrulezad memberitahu bahawa dia tidak melenting dengan teguran dan kecaman yang dilemparkan padanya dan sedar diri merupakan figura awam yang dikenali ramai.

“Abam sebenarnya tak melenting dengan teguran dan kecaman itu. Dah tua kot. Cuma abam banyak berfikir sebenarnya. Kenapa ya diorang berfikiran sebegitu? Dan baru abam sedar yang suka atau tidak abam dah pun menjadi public figure.

Apa yang abam cakap akan menjadi contoh atau tauladan pada semua. Mereka cuma mahukan yang elok elok sahaja dari ‘idola’ mereka. Tapi bila ada yang mula merasakan imej abam tak selari dengan apa yang abam kongsikan mereka mula rasa kecewa.”-Shahrulezad

Mohon Maaf Jika Ada Yang Keliru Dengan Posting Di Media Sosial

Tambahnya lagi, dia akui bahawa dirinya bukanlah seorang yang baik atau terlalu alim dan tampil memohon maaf jika terdapat pihak yang masih keliru dengan posting nya di media sosial.

“Secara jujurnya abam ni bukanlah baik atau alim sangat. Masih lagi dalam proses pembaikan diri yang sangat perlahan. So kalau ada yang keliru dengan posting posting ‘dakwah’ abam tu dengan diri abam sebenarnya secara jujur abam minta maaf kalau ada yang merasa sedikit frust sekiranya abam tak seperti apa yang mereka sangkakan.”

Walaubagaimanapun, pengarah dan penerbit ini memberitahu bahawa dia tidak menyalahkan pihak terlibat kerana memahami sikap segelintir pihak yang suka menilai dari luaran dan merasa terganggu dengan kekeliruan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.