Sebelum ini, usahawan selebriti popular Dato Seri Aliff Syukri telah berkongsi video dimana kelihatan anak perempuannya Qadejah menangis teresak-esak dipercayai akibat dirotan Aliff kerana membuka tudung di hadapan lelaki lain. Biarpun tegas, Aliff tetap memujuk anak perempuannya sambil menyapu ubat.
Aliff Kesal Segelintir Pihak Tidak Faham
Namun begitu, diruangan komen tersebut terdapat segelintir pihak yang mengkrtik cara didikan Aliff yang disifatkan mereka seperti keterlaluan seolah-olah mendera anak perempuannya itu. Susulan daripada kritikan tersebut, Aliff memuatnaik video penjelasannya dan akui kesal kerana terdapat pihak yang cuba mempertikaikan cara didikan.
https://www.instagram.com/p/Bw138UaA6U0/
Mahukan Yang Terbaik Buat Anak-Anak
Menurut usahawan itu, dia mahukan yang terbaik buat anak-anaknya dan masih tahu cara terbaik dalam memberikan didikkan kepada mereka. Malah dia turut mengimbas kembali cara didikan ibunya keika dia masih kecil kerana dengan cara didikan itulah yang mengajarnya erti kehidupan.
Meskipun ada pihak yang mengecam,rata-rata pengikut Aliff menyokong kenyatannya dan turut memuji kerana tidak terlalu manjakan anak-anaknya dengan kemewahan meskipun dia tergolong dalam golongan yang berada.