27.6 C
Malaysia
Tuesday, October 29, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Saya Bangga Saya Pondan”- Isma Yusoof Hanya Ingin Jadi Diri Sendiri

Pelakon dan pengarah Isma Yusoof sebelum ini menggemparkan industri apabila mengaku dirinya sebagai seorang transgender malah akui tidak peduli dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

Hanya Tertarik Pada Lelaki

Menerusi sebuah hantaran di IGTV miliknya, Isma atau nama sebenarya Azma Aizal Yusoof berkata dia ingin menjadi dirinya sendiri tanpa perlu berpura-pura dan akui hanya tertarik kepada lelaki.

“Saya bangga saya PONDAN.

“Saya hanya tertarik kepada Lelaki Maskulin. Insyaallah” tulisnya

Bangga Dengan Fizikal Seorang Lelaki

Bagaimanapun,tegas pengarah filem Blok 404 ini dia tidak perlu menukar jantinanya mahupun melakukan pembedahan kosmetik hanya untuk kelihatan seperti seorang perempuan. Meskipun sifatnya lebih ke arah seorang perempuan, namun bagi Isma dia berbangga dengan wajah dan fizikalnya sebagai seorang lelaki sejati.

“Ada yang persoalkan suara saya, cakap muka saya ini muka jantan. Tak macam Sajat atau pondan-pondan yang makan hormon”

“Kenapa nak kena makan hormon? Bila korang tak terima transgender ini korang hanya terima wanita dan lelaki, itu yang pondan ramai makan hormon. Potong itu, potong ini, operate sana sini menjadi wanita untuk masyarakat terima”

“Saya gembira dengan wajah, badan dan suara saya”

“Tak perlu nak kepit suara sebagainya, oh tidak. Tetapi kalau berlakon kena kepit, saya kena kepitlah” dedahnya.

https://www.instagram.com/p/CKswHDsBDMW/

Tambah Isma lagi, sebelum ini juga dia pernah didatangi wanita yang ingin cuba kembalikannya sebagai lelaki namun dia menolaknya dan terima bahawa dirinya adalah seorang transgender.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.