21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Saya Akan Saman Kamu”- Ibu Sandra Dianne Dituduh Cabut Alat Bantuan Pernafasan

Belum pun reda kesedihan yang menyelubungi keluarga Allahyarhamah Sandra Dianne, ibunya sekali lagi menerima ujian apabila dituduh oleh seorang netizen mengenai keadaan arwah ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Komen Fitnah Yang Melampau

Menurut Nor Syakinah Abdullah di laman Facebook nya, dia berasa kecewa dan berang apabila dia dikatakan membuat keputusan untuk menghentikan alat bantuan pernafasan bintang Big Stage 2020 itu sebelum ini. Menurut Syakinah, komen yang ditinggalkan oleh netizen tersebut yang dikenali sebagai Eina Outlet disifatkannya sebagai terlalu melampau.

Bagi menjelaskan keadaan sebenar, Syakinah mendedahkan bahawa Allahyarhamah mampu bernafas sendiri dengan bantuan oksigen selepas tiga hari terlantar di hospital. Namun, sekitar jam 11 malam pada Khamis keadaan pelantun Hey Kau itu berubah menjadi tenat dan telah dibantu segera oleh doktor yang bertugas sebelum dia disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi hari Jumaat.

“Untuk pengetahuan kamu dan juga semua orang yang membaca luahan hati saya ini. Selepas tiga hari kemalangan iaitu pada hari Selasa, anak saya dah boleh bernafas sendiri dengan sedikit bantuan oksigen.

“Pada hari Rabu dia menjalani pembedahan tube pernafasan untuk membantu dia bernafas sendiri tanpa bantuan mesin. Sila rujuk gambar!

“Selepas pembedahan dia stabil pada siang hari Khamis tu, saya menjaganya di wad sepanjang hari sehingga ke malam, tak makan tak minum”

“Keadaannya menjadi tenat mulai jam 11 malam sehingga lah membawa kepada kematiannya pada jam 1 pagi Jumaat. Ketika dia tenat, doktor bertungkus lumus untuk membantu dia.”

Bakal Saman Netizen

Dalam pada itu, Syakinah turut berkongsi foto yang menunjukkan alat bantuan pernafasan dipakai oleh Allahyarhamah sebagai bukti kepada umum. Jelas Syakinah lagi, dia bakal mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman netizen tersebut kerana memberikan komen fitnah mengenai keadaan anaknya.

Pada Jumaat lalu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah enam hari bertarung nyawa akibat kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan latihan konsert program realiti Big Stage 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.