21.6 C
Malaysia
Saturday, August 31, 2024

Latest Posts

“Saya Akan Jumpa Awak..”-Caprice Tegur Aktor Gelar Isteri ‘Pelacur’?

Penyanyi rap, Caprice dilihat memberikan teguran terhadap seorang aktor yang turut bersuara terhadap pendapat netizen yang menggelar isterinya sebagai ‘pelacur’ di media sosial.

“Saya Akan Berjumpa Awak..”

Menerusi Insta Stories, Caprice dilihat memuatnaik tangkap layar akaun Instagram aktor yang dikenali sebagai Farid Amry yang turut “menyokong” pendapat netizen mengenai gelaran negatif terhadap isterinya.

“Ahh ok @faridamry jadi awak SETUJU yang isteri saya seorang pelacur? Ok ok. Cakap macam tu depan-depan nanti yah. Saya akan berjumpa awak nanti.”-Tulis Caprice

Kesal Dengan Sikap Segelintir Rakyat Malaysia

Tambahnya lagi, Caprice meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang mencaci dia dan isteri disebabkan pendedahannya mengenai kes seorang pendakwah selebriti yang terlibat dalam pertuduhan amang seksual terhadap dua remaja lelaki.

“Once again dari Twitter, Facebook, TikTok kita dicaci, maki, sampai orang sokong panggil isteri saya seorang pelacur. Macam ni ke orang kita?.

Hanya kerana kita bongkar seorang PU yang gay + pedo demi keselamatan budak-budak sekolah dan bantu mangsa-mangsa kedepan?.-Tulis Caprice

Dalam pada itu, tinjauan Murai di akaun Instagram peserta Hero Remaja berkenaan kini telah berada di mod private.

Apa pendapat anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.