21.1 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Saya Ada Pendirian Saya” – Nur Sajat Jawab Dakwaan Sudah Murtad

Sejak membuat kemunculan semula di platform media sosial, usahawan sensasi Nur Sajat  tampil menjawab segala persoalan yang diajukan netizen menerusi beberapa hantarannya.

Sajat Jawab Status Agama 

Terbaru, selain mengesahkan dirinya kini berada di Australia, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman turut menjawab mengenai status agamanya. Menurut Sajat, soal agama dan ibadahnya adalah bersifat peribadi namun dalam masa yang sama mengesahkan dirinya masih beragama Islam.

“Agama adalah benda yang peribadi dan saya rasa kalau saya masih Islam biarlah saya dengan Islam saya, awak dengan Islam awak.

“Jadi cara ini lebih terhormat dan tak perlu lah awak nak menghukumi saya ke apa ke. Kita hormati antara satu sama lain itu sahaja

“Sebab sekarang ini pun kalau awak nak kata sata macam-macam pun tak guna sebab saya dengan cara Islam saya, awak dengan cara awak

“Tak perlu lah awak cakap macam ini berdosa lah apa lah. Terima kasih saya sangat hargai kalau awak semua rasa macam dah nasihat. Saya sangat hargai tapi saya ada pendirian saya dan kita hormat antara satu sama lain. Itu je” dedah Sajat menerusi siaran IG Live baru-baru ini

Nafi Bankrap

Dalam masa yang sama,  Sajat turut menafikan bahawa dirinya telah diisytiharkan sebagai bankrap. Menurut pelantun Makhluk Penggoda itu, dia hanya menerima notis bankrap kerana tidak dapat hadir ke perbicaraan mahkamah sebelum ini.

“Sebab saya tak datang terus dorang bagi notis bankrap. Baru notis je tau.

“Dia bukannya terus nak bankrap kan kita Sebab saya tak datang itu sahaja

“Saya bukan scammer” jawab Sajat lagi

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Sajat telah ditahan oleh Imigresen Thailand di sebuah kondominium di Thailand. Bagaimanapun, usahawan itu telah dibebaskan dan memaklumkan kepada pihak berkuasa di sana bahawa dia merupakan seorang pelarian. Difahamkan, usahawan itu berjaya meloloskan diri ke Thailand menerusi sebuah gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.